gambar kilang kecantikan

gambar kilang kecantikan

Tuesday, February 14, 2017

LEMON SCRUB


Lemon berkhasiat merawat kecantikan kulit. Hal itu tak terlepas dari kandungan antioksidan yang tinggi pada lemon, ia mampu melawan radikal bebas penyebab penuaan dan kerosakan kulit, serta membuat kulit kelihatan lebih muda.

Efek antioksidan ini membantu melindungi kulit dari radiasi ultraviolet dan sinaran matahari seharian. Tubuh juga memerlukan vitamin C untuk mengganti jaringan kulit yang rosak akibat parut untuk membantu mempercepat proses penyembuhan luka.

"lemon merupakan antioksidan yang baik untuk mencegah radikal bebas, meningkatkan sistem imun dan mencegah berbagai penyakit, serta membentuk kolagen," jelas pakar nutrisi Dr. dr. Fiastuti Witjaksono, MS, Sp.GK.

Ya, lemon merupakan kunci dari produksi kolagen.

Kolagen terdiri dari 28 jenis dan beberapa tipe kolagen memiliki fungsi yang berbeza-beza penyusunan struktur jaringan tubuh manusia. Kolagen tipe I dan tipe III, adalah protein yang paling bagus efeknya terhadap kulit. Fungsinya menjaga kekencangan serta ketahanan kulit. Kolagen tipe III misalnya, bermanfaat membuat kulit pada wanita menjadi sangat lembut di usia muda.

Untuk menjaga kulit tetap cantik lebih lama, Anda perlu memenuhi  vitamin C setiap hari dengan memakai lemon scrub setiap hari semasa mandi atau 3x setiap minggu. Jangan risau lemon scrub tidak mempunyai bahan kimia yang menipiskan kulit. jika anda mengosok scrub lemon kulit anda akan menjadi cerah.




KHASIAT LEMON PADA KULIT

1. Perlindungan dari matahari

Lemon melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam lemon melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

lemon mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


2. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

3. Parut pada badan

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menghilangkan parut dengan lebih cepat. parut yang lambat hilang adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C yang ada pada lemon meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

4. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C yang ada pada lemon melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

lemon juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

5. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. scrub yang mengandungi lemon yang kaya dengan Vitamin C  memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.